PELANCARAN PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN &
PERHIMPUNAN KADET POLIS
TARIKH : 17 OGOS 2025
TEMPAT : DEWAN SMKSB
Warga sekolah telah bersama-sama menjayakan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan yang penuh dengan semangat patriotisme dan diserikan dengan Perhimpunan Kadet Polis.
Kadet Polis tampil megah dengan disiplin yang tinggi, manakala seluruh warga sekolah menyemarakkan jiwa “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka”.
Sama-sama kita terus memupuk cinta akan tanah air, menghayati pengorbanan pejuang bangsa, dan memperteguhkan semangat sebagai anak Malaysia yang berdaulat.




































































